Manufacturing Europe
SEE OTHER BRANDS

Your best source on manufacturing news from Europe

CGTN: Daripada seorang bapa kepada anak lelakinya: Nilai yang berkekalan menjadi pembimbing Xi Jinping

Pada Hari Bapa, CGTN menerbitkan artikel yang membincangkan cara ajaran dan teladan yang ditunjukkan oleh bapa Xi Jinping telah, secara tidak langsung, mempengaruhi falsafah tadbir urusnya, terutamanya pendirian tegas beliau untuk terus berdiri bersama-sama rakyat dan penekanan yang diberikannya terhadap kepentingan penyelidikan dan pengkajian.

BEIJING, June 17, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Semasa kunjungan pada tahun 2021 ke lokasi yang menjadi tempat bapanya bekerja pada satu ketika dahulu, Presiden China Xi Jinping, dengan suara yang perlahan mengungkapkan sebaris ayat yang kini dipamerkan dengan jelas di dewan pameran – "Berdiri teguh di sisi rakyat."

Kata-kata ini diungkapkan dan dipegang kukuh oleh bapanya iaitu Xi Zhongxun, yang merupakan pemimpin Parti Komunis China (Communist Party of China, CPC) yang dihormati.

Memerihalkan bapanya sebagai seorang yang benar-benar mengabdikan dirinya kepada rakyat China, Xi Jinping, yang juga merupakan setiausaha agung untuk Jawatankuasa Pusat CPC dan pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat, telah berikrar untuk meneruskan misinya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Utamakan rakyat

Pendekatan tadbir urus Xi Jinping yang mengutamakan rakyat jelas sekali dibentuk oleh pengaruh ayahnya.

Apabila senior Xi bekerja dalam jawatankuasa Parti wilayah Suide, barat laut Wilayah Shaanxi China, satu ungkapan ringkas diucapkan oleh kader dan penduduk tempatan: "Cari Zhongxun".

Kata-kata yang ringkas ini menjadi bukti bagi sebuah personaliti yang mudah didekati, kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada Xi Zhongxun sebagai seorang ketua, penyelesai masalah, yang amat prihatin kepada kehidupan penduduk tempatan.

Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Xi Jinping telah mengabadikan perkataan "rakyat" dalam mindanya sepanjang kerjaya politiknya di pelbagai kawasan berbeza di China, pada mulanya dari Liangjiahe ke Zhengding, dari Fujian ke Zhejiang dan dari Shanghai ke Beijing.

Selama bertahun-tahun, beliau mendekatkan diri dengan penduduk kampung, sama ada mereka yang duduk di atas 'kang', iaitu dapur katil tradisional yang diperbuat daripada tanah liat atau bata di utara China atau bangku kayu biasa. Beliau menikmati makanan yang ringkas bersama-sama mereka, mendengar dengan teliti dan benar-benar menunjukkan keprihatinan terhadap keperluan harian dalam kehidupan penduduk.

"Daripada semua tugas yang berada di hadapan kita, tugas yang paling penting ialah memastikan rakyat kita dapat menjalani kehidupan mereka dengan perasaan yang gembira" ulang Xi dalam mesej Tahun Baharu 2025 beliau.

Mengutamakan pengkajian dan penyelidikan

Xi Jinping terus memberikan penekanan yang tinggi terhadap pengkajian dan penyelidikan sebagai asas untuk perancangan dan pembuatan keputusan, satu pendirian yang dipengaruhi oleh bapanya.

Pada tahun 1978, Xi Zhongxun telah dihantar ke selatan Wilayah Guangdong China sebagai pegawai utama dan kemudiannya membantu untuk membina zon ekonomi khas pertama di negara ini termasuk Shenzhen.

Pada ketika itu, pertumbuhan industri dan pertanian Guangdong telah ketinggalan berbanding purata kebangsaan selama 14 tahun berturut-turut. Berazam untuk menggalakkan produktiviti dan meningkatkan taraf hidup rakyat, senior Xi telah bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan matlamat ini dengan segera.

Untuk memahami keadaan pada peringkat akar umbi dengan lebih baik, Xi Zhongxun telah mengunjungi 23 daerah semasa musim panas pada tahun yang sama. Selepas menjalankan penyelidikan lapangan yang mendalam, beliau menyerahkan laporan kepada kepimpinan pusat, menyokong autonomi yang lebih besar untuk Guangdong dan mencadangkan agar wilayah ini menerajui pembaharuan dan dibangunkan dengan membina zon ekonomi khas.

Xi Jinping telah mewarisi etika kerja bapanya. Sejak bulan November 2012, Xi telah melaksanakan lebih daripada 100 pemeriksaan akar umbi. Beliau telah menerangkan dasar kepada rakyat di halaman dan astaka. Beliau telah mendengar laporan tentang bot dan kereta api. Beliau telah bertanyakan tentang punca pendapatan rakyat. Selain itu, beliau telah merangka pelan pembangunan di atas lantai kilang.

Selepas menjalankan pengkajian dan penyelidikan yang menyeluruh, kebimbangan mendesak oleh penduduk telah menjadi agenda utama dalam mesyuarat kepimpinan pusat, kemudiannya menjadi tumpuan utama serta pemacu usaha pembaharuan yang berterusan oleh negara China.

"Tidak kira apa-apa pun pekerjaan anda, berkhidmat dengan bersungguh-sungguh kepada orang lain, pertimbangkan kepentingan orang lain dengan sepenuh hati kamu, kekalkan hubungan yang rapat dengan orang lain dan sentiasa amalkan sikap yang membuatkan kamu mudah didekati oleh orang ramai," pesan Xi Zhongxun kepada anak lelakinya pada satu ketika dahulu.

Walaupun pesanan bapanya disematkan dalam hatinya, Xi Jinping juga sentiasa menepati ikrarnya sendiri: "Saya akan berkhidmat sepenuhnya kepada rakyat dan tidak akan mengecewakan mereka."

https://news.cgtn.com/news/2025-06-15/From-father-to-son-The-enduring-values-guiding-Xi-Jinping-1EdRbulSJpu/p.html


Maklumat hubungan:CGTN,cgtn@cgtn.com

Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms of Service